Dituduh dera budak rumah amal GISBH, lelaki ini didakwa di mahkamah
Dituduh mendera seorang kanak-kanak yang juga penghuni sebuah rumah amal dikaitkan dengan GISB Holdings (GISBH), seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di Selayang, hari ini. Tertuduh, Mohd Syahid Hanapiah, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun. Mohd Syahid didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak…