Shah Firdaus minta maaf, rupanya anak Muar ini ada janji dengan ibunya
Muhammad Shah Firdaus Sarom memohon maaf kerana tidak dapat membawa pulang pingat buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024. Pelumba berbasikal trek negara itu membuat permohonan maaf itu menerusi hantaran di Insta Story miliknya, hari ini. “I’m sorry Malaysia (saya minta maaf Malaysia),” katanya ringkas. Dalam masa sama, anak kelahiran Muar, Johor itu memberitahu beliau…