PM beri kata-kata semangat buat Azizulhasni
Wira berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang diberi kata-kata semangat selepas tersingkir dalam pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024. Reaksi murni Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menerusi hantaran dimuat naik dalam ruangan Facebook Story berlatarbelakangkan gambar The Pocket Rocketman itu. “Kamu tetap dan selamanya permata negara, terima kasih,” kata Anwar…