Kami sudah setuju berbincang, esoknya Pas putuskan hubungan, Marzuki
Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Ahmad Marzuki Mohamad mendedahkan bahawa usaha saat-saat akhir untuk menyelamatkan hubungan antara Bersatu dan Pas sebenarnya sedang berlangsung, malah Bersatu dikatakan bersedia meneliti tiga syarat yang dikemukakan Pas demi mengekalkan Perikatan Nasional (PN). Bagaimanapun, menurut beliau, sebelum proses itu sempat dimuktamadkan, Jawatankuasa Pas Pusat…