Pemberian khas Sabah naik berganda, PM dedah RM600 juta sudah diberi
Perdana Menteri berkata, kadar pemberian khas Kerajaan MADANI kepada Sabah bagi tahun ini meningkat kepada RM600 juta berbanding RM26.7 juta pada 2019. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran penuh telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri Sabah pada 10 September lalu. Menteri Kewangan itu menjelaskan bahawa jumlah itu bersifat interim, sementara kaedah baharu ditetapkan bersama Kerajaan Sabah…