Anwar arah PDRM semak isu larangan terhadap Fahmi Reza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Timbalan Ketua Polis Negara untuk menyemak isu larangan ke luar negara yang dikenakan terhadap artis grafik dan aktivis, Fahmi Reza. Arahan tersebut tertera menerusi kenyataan Perdana Menteri hari ini. “Kerajaan MADANI menjunjung tinggi kebebasan individu selagi mana ia tidak menjejaskan keselamatan negara atau melanggar undang-undang sedia ada,”…