Fadhlina kongsi momen sebak dipeluk seorang ibu sedang menangis
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebak tatkala menerima pelukan dari seorang wanita, yang dianggapnya pelukan paling emosional pernah diterimanya. Dalam coretannya di Facebook, beliau memuat naik sekeping foto dirinya dipeluk seorang wanita di atas pentas. Kata Fadhlina, wanita itu sudah menangis sejak dia di bawah pentas lagi kerana bersyukur anak-anak mereka akhirnya memiliki sijil kelahiran dan…