Koc wanita di LRT laluan Ampang – Sri Petaling mulai 31 Disember
Koc wanita akan diperkenalkan di Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang / Sri Petaling mulai 31 Disember, umum pengendali perkhidmatan rel Rapid KL, Rapid Rail Sdn Bhd. Laluan tersebut akan menjadi laluan ketiga kendaliannya dengan kemudahan tersebut. Projek perintis dilaksanakan di Laluan Kajang pada 2023 dan Laluan Putrajaya pada 2024. “Inisiatif ini bertujuan memberikan pengalaman…