PRK Sungai Bakap: 38.28% keluar mengundi setakat 1 petang
Peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap mencecah 38.28 peratus setakat 1 petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kesemua sembilan pusat mengundi melibatkan 65 saluran dibuka serentak pada 8 pagi tadi. Pusat pengundian terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Boon Beng, SMK Bandar…