Sah hanya PH, PN bertarung di Sungai Bakap
Sungai Bakap menyaksikan pertarungan satu lawan satu di antara calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pada 6 Julai ini. Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim, mengumumkan pihaknya menerima pencalonan calon PH, Dr Johari Ariffin, 60, pada jam 9.03 pagi, sebelum disusuli calon PN, Abidin Ismail, 56. Beliau berkata, semakan mendapati kedua-dua calon itu layak…