Hampir 10% kanak-kanak yang diselamatkan daripada GISBH telahpun dikembalikan
Hampir sepuluh peratus daripada 560 kanak-kanak yang diselamatkan daripada cengkaman GISBH menerusi Op Global sudahpun dikembalikan kepada ahli keluarga terdekat dan penjaga mereka. Setakat ini 55 kanak-kanak telah diserahkan kepada keluarga menerusi proses perundangan yang sewajarnya. “Ketika kita mengambil kanak-kanak ini, kita perlu ada perintah mahkamah dan apabila serahkan semula jagaan juga perlu melalui perintah…