‘Bagi galak dulu…’, Sanusi kata akan lapor Rafizi kepada SPRM bila tiba masanya
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyahut cabaran Rafizi Ramli, menyatakan akan membuat laporan terhadap Timbalan Presiden PKR itu nanti. Ia susulan dakwaan Sanusi bahawa ada anggota PKR dan DAP terlibat rasuah sehingga menjejaskan rancangan pembangunan negeri Pulau Pinang. Bagaimanapun kata beliau, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya akan dilakukan…