Kerajaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang, tapi kena tunggu ini dulu
Kerajaan bersetuju mempertimbangkan untuk menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Sri Perdana, Putrajaya, petang semalam. Bagaimanapun kata Fadillah, satu draf Memorandum Persefahaman (MoU) akan disiapkan terlebih dahulu yang kemudian akan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai…