Teresa Kok terkejut terima surat ugutan bunuh dan dua butir peluru
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok terkejut apabila mendakwa beliau menerima sepucuk surat ugutan mati yang dihantar bersama dua butir peluru. Menerusi hantaran di Facebook, Teresa berkata dia menyedari surat berkenaan ketika ingin mengambil surat di dalam peti surat sejurus pulang ke kediamannya malam tadi. Beliau kemudian menyedari satu sampul yang mengandungi benda yang agak keras…