Mahkamah tidak benar Mahiaddin sambut ulang tahun di Uzbekistan
Permohonan Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin untuk mendapatkan pasportnya bagi menyambut ulang tahun perkahwinan di Uzbekistan ditolak Mahkamah Sesyen hari ini. Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas mendapati alasan Mahiaddin, 77, tidak munasabah kerana pemohon berpeluang untuk bercuti atau meraikan apa-apa sambutan namun bukan di luar negara. “Mahkamah mendapati permohonan itu tidak wajar…