Malaysia edar sejuta al Quran tindak balas bakar Quran di Sweden
Malaysia akan mengeluarkan satu juta al-Quran untuk diedarkan segera di seluruh dunia sebagai tindakan balas terhadap insiden membakar naskah Al-Quran di Sweden, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menegaskan bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar naskhah al-Quran di Sweden baru-baru ini, Anwar berkata ikhtiar yang akan dilaksanakan…