‘Kuasa adalah amanah bukan keistimewaan’
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan berkenaan kuasa sebagai amanah sempena ulang tahun parti itu yang ke-24. Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, PKR berpasak atas semangat islah yang kuat. “Selalu saya ingatkan kepada semua bahawa kuasa adalah amanah dan bukan keistimewaan. “Justeru, hak dan kebajikan rakyat mesti yang terutama dalam membentuk kebijakan,” katanya…