Janganlah kita jadi pentaksub Hadi Awang…
Membuat kenyataan bahawa Nabi Muhammad SAW mendahulukan kemenangan politik berbanding melaksanakan umrah atau haji adalah dakwaan yang mengelirukan. Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Amidi Abdul Manan mengingatkan Abdul Hadi bahawa bulan Zulkaedah merupakan bulan haram berperang dalam budaya masyarakat di Jazirah Arab ketika itu. Atas pertimbangan tersebut, Rasulullah SAW memberikan mesej yang jelas…