Gempar projek loji air tenggelam sedalam 19 meter, tebing sungai runtuh
Tebing sungai runtuh dan menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air berdekatan Idaman BSP Taman Mas, Puchong hari ini. Menurut Pengarah Bomba Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail, pihaknya menerima panggilan pukul 4.14 petang tadi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya bergegas ke tempat kejadian. “Komander operasi melaporkan bahawa berlaku runtuhan tebing sungai…