Malaysia boleh dilanda gempa bumi?
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip tidak menafikan bahawa Malaysia boleh dilanda gempa bumi yang kuat. Ini kerana tiada teknologi yang mampu meramalkan gempa bumi di dunia. “METMalaysia melalui pencerapan stesen seismik yang dipasang di seluruh negara mampu untuk mengesan kejadian gempa bumi dan memberikan maklumat daripada segi kekuatan, lokasi…