Konvensyen AMANAH Nasional ditangguh kerana banjir
Konvensyen AMANAH Nasional 2024 yang dijadual berlangsung pada 28 dan 29 Disember depan, ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Menurut notis dikeluarkan Setiausaha AMANAH, Faiz Fadzil, penangguhan itu berikutan bencana banjir yang melanda negara ketika ini belum menunjukkan tanda-tanda akan pulih dalam masa terdekat manakala ramai mangsa memerlukan bantuan kemanusiaan daripada semua pihak…