Tanah Rizab Melayu di Kedah berkurang lebih 5,000 hektar hanya dalam setahun
Terdapat penurunan luas Tanah Rizab Melayu di Kedah pada tahun lalu berbanding 2021, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad. Menurutnya, pada tahun 2022 jumlah Tanah Rizab Melayu di Kedah adalah 716,514.28 hektar. Bagaimanapun, katanya, keluasan tanah itu berkurangan sebanyak 5,351.65 hektar berbanding 721,888.93 hektar pada tahun 2021….