Perarakan penamaan calon Perpaduan di PRK Sungai Bakap meriah
Kira-kira 1,000 penyokong Kerajaan Perpaduan menyertai perarakan penamaan calon sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pagi ini. Mereka mengiringi calon Pakatan Harapan (PH) mewakili Kerajaan Perpaduan, Dr Joohari Ariffin dan tiba di Dewan Serbaguna Jawi, jam 8.47 pagi tadi. Perarakan bermula dari Pejabat UMNO Nibong Tebal sejauh kira-kira 100 meter…