Tumpu perhatian ke arah perpaduan, titah Agong kepada pimpinan Umno, DAP
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mahu pimpinan politik menumpukan perhatian terhadap usaha ke arah perpaduan. Ini adalah rentetan dari perkembangan semasa yang menyentuh isu sensitiviti agama dan kaum. “Saya ingin menasihati semua pihak untuk memberi tumpuan untuk mengajak rakyat ke arah perpaduan, bukannya perpecahan. Saya ingin melihat rakyat bersatu padu dengan harmoni,”…