Kementerian Pendidikan tidak iktiraf UEC
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengesahkan bahawa kementeriannya tiada perancangan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). “Sehingga kini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tiada perancangan untuk mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC). “Pendirian ini berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996,” kata Fadhlina dalam jawapan bertulis di…