RUU Perkhidmatan Parlimen sedang dimuktamadkan
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Azalina Mohd Said menyatakan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen sedang dimuktamadkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara. “Pemberian kuasa autonomi kepada Parlimen melalui penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen ini adalah amat penting dan merupakan satu progres yang baik dalam memartabatkan doktrin pengasingan kuasa…