Agihan 40:33 untuk BN, PH dalam PRN Sabah belum muktamad, Ahmad Zahid sahkan
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan bahawa agihan 40 kerusi untuk BN dan 33 untuk Pakatan Harapan di dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah telah dimuktamadkan. “Kami telah membuat keputusan bahawa pertamanya kerjasama antara BN dan PH mesti diperkuatkan di Sabah. Kedua, keputusannya ialah BN, PH, plus plus plus. “Jadi kita serahkan…