Kedai raih perhatian letak notis “perokok akan ditembak”
Satu papan tanda larangan merokok di sebuah restoran yang terletak di Kuala Lumpur tular di media sosial kerana amarannya yang tegas dan keras. Peringatan pada notis itu berbunyi; “Perokok akan ditembak. Jika mereka masih hidup, mereka akan ditembak lagi”. Dalam satu perkongsian di TikTok, pemilik restoran berkenaan dipuji bijak dalam memastikan pematuhan terhadap peraturan kedai. …