Netizen tertanya kenapa jarang dengar lori Petronas kemalangan?
Di tengah kebisingan isu keselamatan jalan raya membabitkan kenderaan berat khususnya lori, timbul satu perbandingan menarik yang menjadi perbincangan ramai. Warganet memuat naik perbincangan mengapa lori tangki Petronas yang membawa muatan berisiko tinggi seperti bahan api dan gas, jarang sekali terlibat dalam kemalangan jalan raya. Mereka tertanya, apakah pendekatan berbeza yang diamalkan oleh syarikat itu…