68 % ventilator yang dibekalkan ke hospital tidak boleh digunakan
Sebanyak 93 daripada 136 unit atau 68 peratus ventilator yang dibekalkan syarikat kepada fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) antara 2020 hingga April 2022 ketika pengurusan Covid-19, tidak dapat digunakan. Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid, berkata ia menyebabkan kerugian dianggarkan sejumlah RM13.07 juta. Turut didapati dalam audit yang dibuat terhadap aktiviti KKM…