KR1M tidak akan diperkenal semula
Kedai Runcit 1Malaysia yang diperkenalkan oleh pentadbiran Najib Razak tidak akan diperkenal semula kerana faktor kos dan kegagalan projek KR1M, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh Sebagai ganti katanya, kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta untuk program jualan rahmah di pasar raya kesemua 222 Parlimen bagi menawarkan barangan asas sehingga…