Siapa blogger ditahan terima rasuah RM1.3 juta lobi kontrak kementerian?
Seorang blogger ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah di sebuah kementerian dalam satu projek membabitkan kos kira-kira RM41 juta. Lelaki itu dikenakan perintah reman selama dua hari sehingga esok dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini. Lapor BH memetik sumber, suspek…