Lepas disiasat SPRM isu pemberian projek, Mahiaddin kata beliau bukan suspek
Selepas dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian projek Jana Wibawa, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md Yasin memberitahu beliau dipanggil bukan sebagai suspek. Sebaliknya kata bekas Perdana Menteri itu, SPRM memanggilnya untuk merakam keterangan dan melengkapkan siasatan berkait penganugerahan projek yang didakwa berkemungkinan wujud tatacara perolehan yang tidak mengikut peraturan ditetapkan….