Anda mahasiswa? Kini boleh daftar syarikat percuma jana pendapatan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengembangkan skim pendaftaran perniagaan percuma kepada golongan mahasiswa yang dilihat berminat menjana pendapatan melalui media sosial, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Beliau berkata skim tersebut telah diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif SSM khas kepada golongan B40 untuk membantu mereka mendaftarkan perniagaan. “Melalui inisiatif ini, golongan B40 yang…