Iran serang pangkalan AS di Kuwait?
Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa telah melancarkan serangan terhadap sebuah pangkalan udara Amerika Syarikat (AS) di Kuwait awal pagi Khamis sebagai tindak balas terhadap serangan udara AS berhampiran Lapangan Terbang Bandar Abbas di selatan Iran. Menurut laporan Tasnim News Agency dan Anadolu Agency, IRGC memaklumkan serangan balas itu dilakukan sekitar jam 4.50 pagi…