Pas setuju hadkan tempoh perkhidmatan PM kepada dua penggal 26 tahun dahulu, DAP ingatkan Hadi
Naib pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Bagharib Ali membidas kritikan presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkenaan cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan PM kepada dua penggal yang telah dibangkitkan semasa Kongres Kebangsaan DAP baru-baru ini. Beliau menjelaskan bahawa Pas telah bersetuju dengan cadangan tersebut 26 tahun dahulu. “Saya minta supaya Tuan Guru Hj Abdul Hadi…