Skandal rasuah ADUN Sabah, SPRM sahkan 5 YB telah dipanggil
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan ADUN negeri itu terlibat dengan rasuah perolehan projek mineral. SPRM berkata, setakat ini lima orang ADUN sudah dipanggil untuk dirakam percakapan dan siasatan masih giat dijalankan. Pihaknya juga telah telah menerima aduan mengenai seorang ahli perniagaan disyaki terbabit dakwaan rasuah dalam perolehan projek mineral…