Selepas kait CEO MDEC dengan menteri, Isham Jalil tampil berdalih
Selepas ‘kantoi’ membawa naratif fitnah dengan mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang baharu adalah adik kepada Menteri Komunikasi, dalih lain pula yang dicanang. Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil dengan hantaran bertajuk “Ralat Adik Fahmi Fadzil” tampil memberi penjelasan. Katanya, dia pagi tadi bertanyakan sama ada CEO…