Menjelang PRN Sabah ke -17: Apa nasihat Bung Moktar?
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata gabungan itu perlu memperkuatkan jentera, menyatu-padukan minda dan bergerak dengan hanya satu suara dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi. Beliau yang juga Pengerusi UMNO Sabah berkata, BN tidak boleh lagi berbalah dan berpecah-belah selepas begitu banyak cabaran dan dugaan dilalui…