MyNewsHub akan disoalsiasat
Pengendali akaun MyNewsHub akan dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ekoran penularan semula video lama bertajuk “Tanya pasal kuarters jer dh kene mcm tu depan KSN!!”. “Berdasarkan kenyataan media Jabatan Perkhidmatan Awam, video tersebut merupakan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif,” kata MCMC dalam satu kenyataan. Kes sedang disiasat…