Tak mahu pesakit terus berpanas, Dr Dzulkefly lulus RM2.01 juta serta-merta untuk Hospital Kota Belud
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meluluskan peruntukan segera RM2.01 juta untuk Hospital Kota Belud, Sabah selepas melihat sendiri keadaan fasiliti hospital berusia 44 tahun itu yang memerlukan penambahbaikan mendesak. Antara yang mendapat perhatian beliau ialah Unit Pesakit Luar yang terpaksa menampung purata 261 pesakit sehari dalam keadaan ruang menunggu yang panas dan kurang…