PM Anwar disambut dengan permaidani merah di Russia
Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut dengan permaidani merah di Moscow untuk lawatan rasmi empat hari bermula semalam. Ketibaan Perdana Menteri pada jam 6.26 petang waktu tempatan (11.26 malam waktu Malaysia) diberi kawalan kehormat sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo-2. Anwar adalah Perdana Menteri pertama Malaysia yang diberikan sambutan seumpama itu selepas hampir 20 tahun….