Papagomo, see you in court, ini penjelasan Asyraf tentang lembu korban Grik
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa beliau akan saman fitnah RM1 juta terhadap aktivis pembangkang Wan Muhammad Azri Wan Deris yang lebih dikenali sebagai Papagomo. “Tuduhan ini amatlah melampau, mengaibkan dan menjejaskan reputasi saya. Kita jumpa di mahkamah. Saya akan saman RM1 juta. Budaya fitnah seperti ini tidak boleh…