Duti eksais minuman bergula 40 sen seliter, tapi subsidi pengilang gula RM500 hingga RM600 juta setahun?
Senator Dr A Lingeshwaran menyambut baik kenaikan duti eksais bagi minuman bergula sebanyak 40 sen seliter memandangkan hasil tersebut akan digunakan untuk menampung perbelanjaan kesihatan. Walau bagaimanapun, wakil dari negeri Pulau Pinang itu turut memperingatkan kerajaan bahawa insentif subsidi kepada pengilang gula jauh lebih banyak berbanding kutipan duti eksais yang akan dikutip. “Saya menyokong usaha…