‘Risau bila dah tak ada kucing, dia buat pada haiwan lain atau manusia’
Susulan kejadian kematian ngeri beberapa ekor kucing liar di Universiti Malaya (UM), sekumpulan sukarelawan telah menyelamatkan sebanyak 22 ekor haiwan berbulu itu. Kesemua kucing yang dikutip di beberapa fakulti dan kolej kediaman itu disimpan di tempat selamat, menurut satu perkongsian di TikTok Shopbyhaniz. “Misi kami malam tadi (semalam) sebagai sukarelawan. Alhamdulillah, kami berjaya menyelamatkan 22…