Gembira terima sumbangan, kelengkapan Deepavali daripada PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan bantuan dan kelengkapan perayaan Deepavali kepada keluarga Jayalechmi di Klang, Selangor. Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata sumbangan berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi, semalam dalam sesi Ziarah MADANI. “Puan Jayalechmi bekerja sebagai Pengawal Keselamatan dan suaminya pula bekerja sebagai kelindan lori perlu menyara empat orang…