Pas dakwa ada ‘agamawan bergelar ustaz’ sebar fitnah isu harga minyak
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat “agamawan yang bergelar ustaz dan sebagainya turut menyebarkan fitnah” berhubung isu kenaikan harga minyak susulan krisis Asia Barat. Mereka juga, tegas Abdul Hadi, tidak mempedulikan “musuh yang menyerang Islam dengan zalim kerana beriman kepada harta”. Bagaimanapun, pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkenaan tidak memperincikan individu yang dimaksudkannya….