Pengampunan Najib: ‘Ada dibincang tapi tunggu kenyataan rasmi’
Isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memang ada dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Bagaimanapun, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada sidang media hari ini menegaskan semua pihak perlu menunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan. “Kita tunggu kenyataan rasmi dan ikut proses seterusnya. Kalau tak, ia…