Belanjawan 2023 diluluskan Dewan Rakyat dengan undi suara
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) diluluskan bagi peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini menerusi undi suara. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Alice Lau menjalankan undi suara pada jam 7.05 petang selepas perbahasan bagi kementerian terakhir iaitu Kementerian Pendidikan, diluluskan. Selepas jelas suara “setuju” oleh ahli Parlimen, Lau mengumumkan belanjawan tersebut diluluskan. RUU…