Boleh terus bekerja, bayar tol dan hidangkanlah ‘rendang simen’
Anda boleh sahaja pergi ke tempat kerja meskipun kerajaan telah memberi satu hari kelepasan am tambahan sempena Aidilfitri ini. Jika masih tegar tidak puas hati dengan kerajaan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menggelarnya ‘BMX’ yang sepatutnya ‘PMX’, anda juga boleh membuat rayuan kepada pihak konsesi tol. Moga ada laluan khas untuk pembenci kerajaan Madani…